18 June 2013

Pengalaman MDS UiTM Lendu

Assalamualaikum. Hello. Salam satu Malaysia. Salam satu Masscomm *Amboi k*


*Gambar hiasan. Ngidam benda benda alah semua ni. Bila nak dapat :(*

Well well well, bertemu lagi kita lahhh iyoooooo. So, kebelakangan ni memang aku busy to the max lah. Yeke? Yelahh jugakkkkk. Assignment walaupun tak bertimbun lagi, but still perghhhh dah tension melambung lambung. Sekarang currently dekat UiTM Lendu. Ambil course Masscomm. Dan akan melalu Induction Masscomm this Sunday. Bapak tak bapak. Bapakkk ahhh aku malas. K banyak aku menyimpang. Banyak aku merepek. So, let's straight to the point. Ekcelly nak cerita pasai pengalaman MDS dekat UiTM Lendu ni haaaaa. So jom mulakan.

HARI PERTAMA MDS:

- Tak ada apa yang menarik pun. First day 2 June 2013 tuu masuk kolej lah. Bawa naik barang, daftar kolej, jumpa kawan baru, jumpa roommates, berpisah dengan family. Bapak sedih.
- Pukul 330 petang, MDS pun bermulalahhhhhh. First day tuu MDS dah start. Acanooooo tuuuuu. First day pun dah rasa penat gila nak mampus k.

HARI KEDUA MDS:

- Kena bangun seawal pukul 330 pagi. Tidur pulak pukul 12/1 pagi. Dahsyat tak? Dahsyat to the max k. Pergi masjid. Solat Subuh. Pergi breakfast. Kena jalan entah berapa kilometer. Pergi Dewan Taming Sari. Pehtuuu time Maghrib kena pergi masjid balik. Berkilo kilo meter lagi kena jalan. Berpeluh ketiak, badan habis. Memang melekit, busuk habis ah! Serious I tell you. Tak syok k tak syok pun. Siapa kata syok tuu, something wrong somewhere. 

HARI KETIGA - HARI KETUJUH MDS:

- Perkara yang sama berlaku. Cuma aktiviti je lain lain. 
- Masuk hari last, memang serious I tell you. Kami seronok kemain! Malam tu tidur puas puas. Esok boleh bangun lambat mana korang nak. Muehehehhe. 

So aku rasa tuu je lah pengalaman MDS aku dekat UiTM Lendu ni. Memang penat habis. Tak enjoy pun. Tapi kengkawan dekat sini syokkkkk. Hiks. K aku dah tak larat. Jumpa di post yang akan datang. Byeee! :D

Aku Kembali Lagi!

Assalamualaikum Semuaaa!!!!!!!!!!! *eksitedddd*


*Greetingssssss from me!*

Hahahahahahaha. Baru ada chance aku nak update blog. Hi uolllsssssss! Perghhhhhh exited lebih sebab broadband baru di-renew kan balik. Kiranyaaa laju gila nak mampus lewwwww. Syok syokk. Ok so aku kembali lagi. Kembali dalam alam maya ni. Kembali ber-facebook, ber-twitter, ber-blog blogggg, ber-youtube. Agaknya dua minggu aku tak update blog sebab busy dengan MDS UiTM & class and so on. Memang busy habis ahhh. Stress tension tensi tertekan, semuaaa ada! 

Okayyyyyyy ni cuma short brief je ecehhh. Nanti sambung balik pasal pengalaman MDS guaaa X) Kbai.

30 May 2013

Bag Bag Yang Akan Dibawa Nanti!

Assalamualaikum peeps! 


*Gambar untuk cuci mata malam ini! She's sexy k. And I adore her much. Lol*

Kita kembali lagi malam ini! Semenjak dua menjak ni, aku rajin betul nak post memacam dekat blog ni. Bukan berkaitan dengan benda benda yang tak masuk akal. Semua benda benda yang aku rasa bagi aku memang masuk akal sangat lah! Blog post untuk malam ni adalahhhhh, aku akan tunjuk banyak mana bag yang aku akan bawak pergi sana nanti. Ini memang gila. Bikin gua stress sangat sangat bila nak pack semua. 


JENG JENG JENGGGGGGGGGGGGGG!!!!!



Gambar atas ni permulaan aku snap. Yang ni tak complete 100%. 


JENG JENG JENG JENGGGGGGGGG!!!!



Gambar dekat atas ni lah yang memang aku fully complete packing habis! Ehhh tak tak. Tinggal lagi 10% tak siap lagi. Muehehe. Banyak kan banyak kannn! Dua bag besar tu dalam gambar nampak je kecik. Padahal gedabak k. So itu je lah bag yang aku akan bawak nanti. Tuu pun tak termasuk bag plastik untuk letak kasut bagai. Gahhh! Sangat sangat stressed out. Bukan sebab apa. Sebab aku tengok ramai yang bawak ala ala kadar je. Yang aku ni je yang beriya. Seriously macam nak pindah lah katakan. Tapi baik bawak lebih dari tak cukup kan. Tapi kalau orang lain tengok apa aku bawak, confirm terkezuuut dalam hati -____-

Ammmmmm, itu je lah kot post untuk malam ni. So! Sambung esok! Bye bye. Assalamualaikum ~

Jom Packing Barang!

Assalamualaikum.
Salam satu Malaysia!
Holla Amigossss!
Anneyong! *Salah eja gamaknya* 


*Gambar ini cuma untuk tontonan umum juga. Asyik letak gambar Paghisss je kan. Aku nak pergi sana itu sebab -________-*

So! Waddduppppp peepsssss. Ekcelly kan, dalam kepala otak aku duduk berlegar satu soalan yang agak sadis. Ada ke orang datang melawat blog aku ni & baca? Follow follow ni aku tak berapa kisah. Cuma baca tu. Ada ke? Ohhh sedihhhh sungguh sebab blog baru buat. Ini lah jadi dia. Wahhhhhhhh *lap air mata* Lantak sana. Tanpa berlengah lagi. Jom mulakan blog post untuk hari ini. 

Hari ni aku ganti puasa. Mood untuk menulis aku 50/50. Walaupun mood menulis tak banyak, aku still nak tulis juga. Ok! Tajuk dekat atas. Atenyeeeeeee mood aku hari ni dan esok esok adalah mood untuk packing semua barang! Document document semua dah settle, cuma nak lekat gambar & tunggu Abah sign. Hari ni & esok memang mood packing barang sungguh sungguh lah! Mood packing barang lah sangat. Padahal sekarang tengah hadap laptop, update blog haaaa. Tak apa. Tak ambil masa lama mana. 

So pagi tadi keluar dengan Ibu beli barang barang yang lebihan yang tak beli lagi. Beli pun payung, padlock, extension wire (aku tak tahu ni perlu ke tak kan. tapi aku beli je), celak, cebok, ehem ehem, cermin meja, gam. Itu je lah kot aku borong tadi. Ouh! Andddd ambil laptop baruuuu. 

Haaa! Cakap pasal laptop ni. Memang memang masa ambil tadi menguji gila kesabaran aku. Dah lah puasa pulak kan. Lepastuu kesian Ibu kena tunggu dalam kereta. Dah lah panas. Kesiannnn kesiannn. Staff staff situ buat kerja tak betul. Ehhh sakit pulak kati makkkk haaaaa. Tunggu punya tunggu mau nak dekat sejam. Tensionnn je. Padahal nak ambil laptop je tu. Kalau lah ada kertas yang suruh kita tick service dorang macam mana, aku letak paling first sekali. SERVICE TAK MEMUASKAN. Nak tahu nama kedai? Tak payah lah. Kesian pulak nanti. Apa apa pun, aku happy sebab dapat laptop baru. Hiks.

Sooooo, itu je lah kot aku nak post. Masa untuk aku pack barang barang. Hurmmmm. Sedihhh :( K jumpa malam nanti takpun esok. Bye! Assalamualaikum ~

29 May 2013

Persiapan Masuk Ke UiTM & Barang Keperluan Yang Dibawa - Part 2

Assalamualaikum guys! Selamat Mornight! 
*Tetiba mornight bagai*


*Gambar di atas cuma untuk tatapan umum sahaja. Tidak ada kena mengena dengan post untuk kali ini. Sekian terima kasih. Hiks*

Well well well. Mengikut jam aku sekarang, sudah pukul 1.43 pagi waktu Malaysia yayayayayya. Mata memang dah layu tahap entah nak kata. Still, aku masih ada tenaga untuk meng-update blog kali ini. Bukan sebab apa . Bosan punya pasal oii. And then, teringin pulak nak meng-update. Dah lama kan tak karang ayat ayat panjang. Masa ni lah ambil kesempatan sebelum masuk study. Lepas ni confirm lah ada essay essay assignment bagai. Mampuhh mampuhhhh. 

So! Post kali ni sambungan dari post yang lagi satu tuu haaa. Ekcelly, bukan dalam post yang pertama aku dah cerita sedikit sebanyak? Ehhh suka hati lah nak post bebanyak mana pun kan. Kehkehkehkehkehhhhhhh. Baidawayyyy, untuk kali ni punya post, cuma nak kongsi apa yang aku bawak untuk ke sana nanti. Dalam otak ni bukan ingat sangat pun apa yang aku bawak. So apakedehal nyaaa. Share sajaaa lah kan. Ouhhh! Post yang lepas tu, aku ada kasi link sorang budak perempuan punya blog. Post dia tuu memang boleh dikatakan ohsemm sebab banyak membantu kalau orang yang blur blur gilaaa tuu kan. Tapi post aku ni pulak, just nak share apa yang aku bawak and so on lah. So mari mulakan! Maaf listing tak teratur. Entah macam mana nak perbetulkan. Whatever it is, enjoy reading :p

Untuk MDS (Minggu Destini Siswa)

Untuk MDS ni selepas hari pendaftaran, pakaian pakaian yang aku bawak:

 1. Kain hitam
 2. Baju kurung putih -  Baju sekolah je aku bawak.
 3. T-shirt putih lengan panjang
 4. Tracksuit
 5. Sports shoe 
 6. Kasut bertutup - Aku pakai kasut yang sarung tu je haa.
 7. Tudung putih & hitam
 8. Anak tudung putih & hitam - Terpulang rasanya.

Untuk Keperluan Dalam Kolej

Untuk keperluan harian kita di kolejjjjjjjj!

1. Baldi
2. Hanger - Ini aku beli banyak sangat! -_-
3. Bekas kecil - Untuk letak sabun, shampoo & etc.
4. Sabun mandi, shampoo.
5. Sabun basuh baju
6. Cadar, bantal, selimut, sarung bantal.
7. Sejadah, telekung, Yassin, Al-Quran.
8. Baju kurung baju kurung & baju kurungg - Banyak!
9. Biskut wanita - Short, long. 
10. Surat khabar lama - Sekaligus dengan biskut. 
11. T-shirtssssss - Banyak! Sebab untuk tidur sekali :p
12. Short pants - Untuk dibawa tidur yaayayayay!
13. Shave - Penting sangat oi! 
14. Ubat gigi, berus gigi, berus baju termasuk sekali.
15. Botol besar - Untuk isi air masak yayayaya :D
16. Mug, mangkuk, sudu, garfu - Mana tau nak makan minum ~
17. Penyepit baju - Yang ni aku beli banyak lah juga. Hiks
18. Towel - Tiga aku bawak. Just in case. Lewls.
19. Jeanssssss - Paling sadis. Dua je aku ada :(
20. Seluar slack 
21. Baju blouseeeee - Aku pun tak tahu baju blouse ni macam mana. Macam orang perempuan pakai kemeja tu lah kot -_-
22. Stoking jarang & stoking sekolah biasa
23. Kain batik/ kain basahan - Sama ke maksud? 
24. Sikat, cermin - Cermin tak bawak pun. Pakai cermin bedak.
25. Cardigan/sweater 
26. Deodorant - Ini sangat sangat wajib.
27. Minyak wangi - Aku bawak minyak wangi dari Mekah jeee.
28. Laptop, phone, charger, thumbdrive
29. Selipar tandas, flip flop
30. Padlock - Aku beli yang mini punya. Entah muat ke idak nanti.
31. Cebok
32. Payung - Just in caseeeee ~
33. Iron
34. ALATAN TULIS! - AMBIL PERHATIAN YANG INI K! 


So! Aku rasa yang itu je lah kot yang aku bawak. Mungkin ada yang aku terlepas pandang ataupun lupa ka apa ka. Well, that's it lah yang aku nak kongsikan apa yang aku akan bawa nanti. Banyak gila kan! Aku nak menaip ni pun rasa malas gila. Tapi nak jugak share. Ini lah jadinyaaa. Lewls. Ok then. Akan sambung esok pulaakkkk. See ya soon! Bye bye. Genighttttt! Assalamualaikummmmmmmm :3

Persiapan Untuk Ke UiTM

Assalamualaikum semuaaaaa. 


Hari ni hari kedua aku nak post cerita yang agak 'menarikkkkkkkk' sangat. Stay tune k. Lewlsss.

So well. Baca tajuk dekat atas pun dah tahu yang aku akan cerita pasal apa. Siapa siapa yang terbuka blog ni & baca, maaf kalau tak interesting. Cenggini lah jadi bila nak jadi seorang budak U. Semua post semua pasal U U andddd U. Boring kannn. Tapi bagi aku takkkkkk & termasuk budak budak lain yang akan jejakkan kaki dorang ke U masing masing tak lama lagi. Ataupun junior junior untuk tahun depan dan masa yang akan datang. Kannnn :D 

Apa apa pun, blog post aku yang lepas dah cerita dekat mana aku masuk and so on. So blog post yang ini dan seterusnya semestinya lah aku akan cerita untuk UiTM sahaja. Tapi kalau bab bab persiapan ni, semua U sama saja kan. Ok jom kita mulakan tanpa berlengah lagi -_______-

Persiapan aku untuk masuk ke U ni memang 'gempak' habis k. Ingat senang ke nak masuk U? Susahhh kot! Kalau siapa yang dapat tawaran masuk UiTM ke U apa apa je lah, jangan tolak tawaran dia. Terima je. Sebab bukan senang k nak dapat. Kalau sesiapa yang dapat tuu, kira macam kita ni dah cukup bertuah sangat. Syukur k syukur :D Ok ok aku tak nak merapu lagi. Persiapan mula mula memang stressed out habis! Dengan document yang dia nak, dengan pengesahan yang dia nak, dengan medical check up yang dia nak, dengan macam macam lah yang dia nak, memang mula mula stress. Tapi bila dah selesai habis, k memang lega sangat to the max! Macam yang aku alami sekarang. Ok itu baru pasal document document dia.

Persiapan yang kedua pula. Persiapan barang barang yang perlu untuk dibawa ke kolej nanti. Yang ini aku kata memang stress gila gila nak mampuhhh bagi orang yang tak pernah duduk asrama macam aku ni walaupun ada kakak & adik yang pernah duduk asrama. Still dorang ni macam tak membantu sangat. Muehehehhe. Siapa yang pernah duduk asrama tu, tak perlu lah korang bersusah susah nak fikir apa kena beli and so on kan. Syoknyaaaaa. But well, lantak situ. Lol. Barang barang nanti yang aku akan bawak, toksahhh dok kata. Banyak sangat k. Bag baju besar dah 2 ketuiii. Bag nak pergi kelas satu ketuiii. Handbag nak bawak lenggang sana sini satu ketuii. Toiletries and so on lagi nak kena bawak. Perghhh wehhh banyak sangat. Macam nak pergi pindah k. Biasa lah. Baru first time oi. Cehhhh.

So far, itu je lah persiapan aku. Kalau aku nak buat macam checklist untuk kemudahan korang tengok, memang tak terdaya aku nak buat. Pergi lah dekat blog mana mana. Yang paling okay blog dia ni: http://nineteencapri.blogspot.com/2012/11/barang-yang-perlu-dibawa-ke-uitm.html 
Banyak membantu sangat! Banyak membantu aku jugakkkk. Hiksss. Suka k sukaaaa. 

Soooo itu je lah kot aku nak cerita. Akan continue nanti! See yaaaaa! :D

28 May 2013

Jom Sambung Belajar di UiTM Melaka & Pengalaman Interview Course Masscomm!

Assalamualaikum semuaaaaaaa.

Okayyy. Macam korang boleh nampak. Blog ni blog baru yang aku renew kan balik. Selama ni aku tinggalkan dunia blog ni hampir setahun lebih mungkin. Bosan kot. Sebab tak tahu cerita menarik apa yang nak tulis. Sekarang mungkin ada banyak cerita menarik. Itu sebab sampai renew blog lama. Lol. 

So now. Kurang dari seminggu, aku akan jejakkan kaki aku ke UiTM Melaka. Atauuuu UiTM Kampus Alor Gajah! Berdekatan dengan UiTM Lendu lah kan? Ehhh sama ke lain semua UiTM ni? Errr entahh lahhh. Well, aku akan melanjutkan pelajaran aku ke sana dalam bidang Komunikasi dan Media. Btw, aku minat ke pun course ni? Entah nak kata. Minat pun ada lah juga. Tapi nak try. Hahahaha. Sebab yang lain memang aku tak minat. So choice nya adalahhhhhhh course ini! Wuhuuuuuuuu ~~ Dan course ini pun yang aku layan untuk apply. Lewlsssss.

Dannnnnn alhamdulillahhhhh. Dapat pun course ni setelah berpenat lelah ecek ecek pergi interview dia. Nak cerita pasal interview dia? Pengalaman yang amat dahsyat bagi aku -____- First time oii pergi interview dalam seumur hidup aku. Aku nak cerita ke idakkkk pasal pengalaman interview ni? Cerita ajaaa lahh nahhhhhh. Mana lah tahu kot kot untuk tahun depan ada manusia yang tercari cari pasal benda alah ni. Sama macam aku. Nak tauu sangat macam mana pengalaman orang lain di-interview. Maka aku pun check lah sesiapa punya blog & baca.

Ok jom kita mula. Ekcelly interview aku ni dah lamaaa dah pun haaa. Sebulan yang lepas. Aku still ingat tarikh dia lagi. 28 APRIL 2013. Tapi, baru sekarang hegehh nak tulis pengalaman dia. K tak apa. Asalkan kongsi yeee dokkkkk. Soooooo, aku dapat interview dekat UiTM Sri Iskandar. Jauhhh nauuuu kan dari Tg Malim. Apa pasal lah tak dapat dekat Shah Alam je. Rupanya dia ikut alamat rumah. Choii ajeeee. Ok jom kita move on. Time sebelum interview, haaaa toksahhh dok cerita. Macam macam aku hafal dalam otak ni supaya nanti aku jawab tak gagap.

Ouhhhh baidawayyyyy, kalau interview Masscomm ni, dalam ENGLISH k. FULLY ENGLISH. Note that. Cuma dalam Bahasa Melayu panel cakap sikit sikit je. So siapa yang nanti akan apply Masscomm & minat Masscomm, English kena pandai lahh. Kalau setakat tahu ayat "I go to school by bus" Haaa tak boleh lah. Jom improve kita punya English sesama. Aku punya English pun bukan betul sangat. Tonggangggg terbalik jugoookkkkk -______- Ok jom kita sambung balik. Sooooo! Interview ni dia ada 2 stages. Satu UJIAN BERTULIS. Dia cuma bagi 3 soalan sajaha. Korang kena jawab macam essay. Dan! Korang kena jawab dalam masa 30 minit sahaja. Panjang essay korang kena more than 200 k.

Jenis soalan dia? Soalan yang first sekali: APA ITU MASSCOMM? Soalan kedua: AKU DAH LUPA DAAA! Soalan ketiga: WHAT CAN YOU CONTRIBUTE bla bla blaaaaa.

Soalan dia semua dalam English k. Soooo soalan aku kasi tak boleh pakai. Nanti check lah dekat orang lain punya bloggg nahhh. Lewlsss. Done! So after korang dah habis ujian bertulis, korang akan dipanggil untuk di-interview oleh panel. Tang interview ni lah yang cuak. Tapi bila dah reramai, cuak korang akan automatically hilang macam tu je. Bila dah duduk atas kerusi, cuak korang pun akan hilang dengan pantas! Percayaaa lahhh. Hiks. Pengalaman aku masa interview, aku di-interview oleh seorang pensyarah lelaki. Okay je dia. Tak garang and so on. Macam macam lah dia tanyaaa. Perghh ada juga aku nak kantoi dia. Last last aku yang macam terkantoi. Kehkeh. Peduli apa. Tapi paling penting, dia akan tanya current issues apa yang terjadi dekat Malaysia ataupun dunia. Yang aku ni, dia tanya pasal PRU13. Almaklumlahhh, masa tuu musim PRU. Hiks.

Interview yang dijalankan dalam 10 minit macam tuu. Siapa mulut yang banyak cakap tuu, haa korang goreng lahh apa apa pun dekat panel tuu. Nanti tak ada lah banyak soalan dia tanya. Bagi aku, interview ni macam pengalaman kita sendiri. Selama ni aku tak pernah rasa suasana interview, dan hari tu baru aku rasa. Memang cuak kemainnn. Bila dah lepas, lega tahap maximum!

Dan sekarang. Akhirnya aku dapat pun! Interview aku bukan elok mana. Biasa biasa taraaa tuu je. Tapi nasib baik lah dapat. Peluang aku lah kot nahh nak sambung belajar dekat UiTM. Alhamdulillah aku syukur sangat! Parents & family pun happy. Aku lagi lagi happy kalau dorang pun happy. Dan paling penting juga, aku ada kawan yang sama sekolah dekat sana. Same school. Same course. Same university. How cool is that! COOL like hell yeahhh k! Hahahhaa. Syukur juga lah sebab ada kawan yang dapat sama dengan aku. Uiiii, seyonokkkkk. Lewlsss.

So itu je lah cerita aku untuk hari ini. 2 JUNE 2013 nak angkat bontot pergi sana dah. Otak yang berhabuk ni akan jana semula dah. Doakan aku & kawan kawan aku nanti. Harap harap tak ada lah sesiapa yang anti kami ni. Ateeenyeeeee budak Masscomm. Ramai yang tak suka. Bodohhh piaqqq orang macam tu. Otak kampung. Harap harap juga pembelajaran kami berjalan dengan lancar. Paling utamaaa! Harap harap hari pendaftaran aku berjalan dengan lancar juga. Moga moga dapat kawan baru yang perangai comeyyyyyyy. AMIN AMIN AMIN!

So sampai di sini sahajaaa. Bye. Enjoy membaca yaayayayya. Assalamualaikum semua ~

Assalamualaikum. Hi :D

Okay ekcelly dah lama ada blog ni. Tapi biar berhabuk. Ditinggalkan. Dannnnnn sekarang baru terhegeh nak buka balik. Dannnnn mana pergi blog lama aku? Entahhh lahh kemana. So, aku reNEW kan dia balik. Anndddd jadi lah gini. Bagusss ngattttt aihhhh. Tak payah aku buat lain. Lol. Kbai